
12 Nov 8 KEISTIMEWAAN BUKU NABI MUHAMMAD SAW RASUL TERAKHIR
Buku mengenai sirah atau biografi mengenai nabi Muhammad SAW memang terlalu banyak di pasaran. Ini memang kami akui. Oleh sebab itu, penerbitan bagi buku Nabi Muhammad SAW Rasul Terakhir telah mengambil masa 5 tahun untuk dihasilkan.
Tim penerbitan kerap kali melakukan ‘brain storming’ bagi mengeluarkan idea dan sebagai medan bagi mengembangkan idea yang dicadangkan. Setiap kali sesi ‘brain storming’ akan berlaku perang mulut setiap orang bagi mempertahankan pendapat masing-masing. Keadaan ini berlaku bagi setiap peringkat iaitu dari mula cadangan konsep sehinggalah dalam pemilihan konsep kaver. Alhamdulillah. Semuanya berjalan dengan lancar. Maka terhasillah buku ini setelah penat lelah selama 5 tahun.
Banyak perkara yang dibincang, dicadang dan didebatkan sepanjang penghasilan buku ini. Pihak syarikat mahukan buku sirah ini mesti berbeza dengan buku-buku sirah yang telah ada dipasaran. Bagaimana mahu menghasilkan buku sirah Nabi Muhammad SAW dalam keadaan manusia sekarang amat taksub pada gadjet seperti telefon bimbit. Setelah berhempas pulas, lahirlah buku ini bersama dengan ciri-ciri yang terkini dalam penghasilan buku mengenai sirah Nabi Muhammad SAW. Moga usaha ini mendapat keredaan dan keberkatan dari Allah SWT. Aaminn.
Berikut adalah ciri-ciri buku ini:

KULIT TEBAL & PREMIUM SUSUNAN BAB IKUT FASA KEHIDUPAN NABI SAW QR CODE UNTUK AUDIO 4 POSTER INFOGRAFIK MENARIK HIMPUNAN PETA LENGKAP ILUSTRASI YANG CANTIK KOLEKSI TRIVIA MAKLUMAT ‘RARE’
Pihak kami berharap penerbitan buku Nabi Muhammad SAW Rasul Terakhir ini akan memberi dimensi baru dalam penerbitan buku dan seterusnya dapat memupuk minat membaca dikalangan masyarakat kita.
Video mengenai buku Muhammad SAW Rasul Terakhir
SIAPAKAH YANG PERLU MEMBACA BUKU INI?
Khas buat mereka yang ingin mengenali dan mencintai Baginda Rasulullah SAW. Bersediakah untuk membaca setiap detik kehidupan Baginda, merasai keperitan yang Baginda lalui agar Islam sampai kepada kita umatnya. Semoga rasa cinta itu terbit dan mekar dalam diri kita sekali gus kita tergolong dalam kalangan yang menerima SYAFAAT Baginda SAW. Aaminn.
Bagi yang berminat untuk dapatkan buku ini. Boleh klik pada pautan di bawah:

No Comments