BANGKIT DARIPADA AMBANG MAUT (KISAH BENAR PESAKIT KANSER TAHAP 4)

BANGKIT DARIPADA AMBANG MAUT (KISAH BENAR PESAKIT KANSER TAHAP 4)

(Kisah Benar – Jurnal Pesakit Kanser)

Tanda awal yang kualami adalah kurang selera makan.

Tidakku sangka sebenarnya ia adalah kanser prostat.

Berat badanku susut dan hidupku mula kalut.

Encik Aziz bin Ngah

Siapa pernah menyangka bahawa diri mereka akan diserang kanser, dan sepanjang hidup mereka perlu bertarung dengannya. Malah sebaik kanser dikesan, ia sudah berada pada tahap akhir. Itulah yang berlaku kepada saya.

Saya mula mendapat tahu bahawa saya menghidap kanser prostat pada bulan Januari tahun 2010 setelah ujian dijalankan oleh doktor. Pada mulanya, saya berasa kurang selera makan. Tambahan lagi, selera makan saya boleh terhenti secara tiba-tiba walaupun sewaktu sedang menjamah makanan. Ketika itu, berat badan saya mula susut dengan begitu ketara. Saya menjadi amat kurus. Pada awalnya saya tidak mengesyaki bahawa saya menghidap kanser. Sebaliknya, saya beranggapan bahawa ia mungkin sekadar hilang selera akibat usia yang semakin meningkat tua. Lama-kelamaan saya hampir hilang terus selera makan. Saya menyangka, saya mungkin terkena santau dan sebagainya kerana sebagai seorang ahli perniagaan, saya sering makan di luar.

Akhirnya saya memberanikan diri untuk menjalani pemeriksaan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM). Doktor mendapati terdapat 6 spot kanser di kawasan prostat. Ketika itu juga, doktor menyatakan bahawa kanser tersebut sudah berada pada tahap empat. Seterusnya doktor menunjukkan bacaan PSA (prostate specific antigen) iaitu sebanyak 509.12! Padahal bacaan PSA untuk manusia normal adalah pada skala 1 hingga 4. Itu adalah satu bacaan yang amat tinggi dan penyakit sudah berada pada tahap kronik. Kemudian, doktor memeriksa pula bahagian lain di tubuh saya. Doktor mendapati terdapat 10 spot kanser yang sudah menyerang pada tulang di bahagian atas.Pada tahap ini, doktor sudah tidak boleh menjalankan pembedahan lagi kerana kanser sudah merebak. Malah kemoterapi juga tidak dapat dilakukan kerana tulang-tulang saya sudah menjadi rapuh. Saya hanya diberikan suntikan Hormone Therapy berkala pada setiap tiga bulan selama dua tahun tetapi bacaan PSA masih tidak menurun iaitu 500 lebih.

Keadaan saya semakin lemah. Setiap kali saya membuang air kecil, terdapat darah dalam air kencing. Sendi-sendi dan tulang bahagian belakang saya terasa amat sakit. Saya gagahkan diri untuk meneruskan perniagaan walaupun hakikatnya tubuh badan saya berasa terlalu sakit.

Pada akhir tahun 2011, saya hanya reda dan mencari rawatan alternatif untuk menyembuhkan penyakit yang sedang dihidapi. Isteri mengajak saya untuk mendapatkan rawatan di Pusat Rawatan Islam AlHidayah kerana rawatan di sana berasaskan al-Quran. Saya mula bertemu Haji Lokman. Ketika itu, beliau ada menyentuh tulang belakang saya lalu memberikan beberapa rangkaian ayat untuk diamalkan. Saya yakin bahawa inilah ubat sebenar saya. Saya pulang ke rumah dan mengamalkan bacaan yang diberikan secara bersungguh-sungguh. Saya turut mengamalkan solat malam dan berzikir seperti yang disarankan.

Setelah melalui beberapa sesi rawatan di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah, saya pergi menjalankan pemeriksaan semula di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM). Doktor mendapati bacaan PSA saya turun sehingga 3.22! Doktor berasa amat terkejut dengan penurunan itu. Malah saya sendiri tergamam dan berasa amat bersyukur kepada Allah SWT. Saya merasakan diri ini seolah-olah dilahirkan semula. Daripada penyakit yang sudah di ambang maut, kini kembali pada tahap yang di bawah paras bahaya. Semenjak itu, saya terus-menerus mendapatkan rawatan di Pusat Rawatan Al-Hidayah. PSA saya terus berada pada tahap yang terkawal. Melalui pemeriksaan selanjutnya doktor mendapati kanser-kanser di bahagian tulang saya juga tidak ada lagi. Malah, doktor ketika mendapati perkembangan baik penyakit saya ini pernah berkata, andai saya mati, saya bukan mati kerana kanser yang sedang dihidapi ini.

Kuasa Allah SWT, tiada yang mustahil. Isteri adalah individu yang paling banyak membantu saya dalam menempuhi hari-hari yang penuh dengan debaran dan kesakitan. Beliau sering menasihatkan saya agar reda, dan yakin hanya kepada Allah SWT. Tidak semestinya yang sakit akan pergi dahulu. Andai sudah ketetapan ajal, yang sihat juga kadangkala lebih awal pergi menghadap Ilahi. Dengan dorongan semangat itulah, saya terus berusaha mengamalkan bacaan ayat-ayat al-Quran yang diberikan. Saya menunaikan solat malam, memohon kesembuhan daripada Allah SWT.

Ke mana sahaja saya pergi, saya akan membawa keratan potongan ayat al-Quran yang diberikan. Saya membuat salinan keratan tersebut dan membawanya ke mana-mana untuk dibaca. Tidak kira di mana sahaja, saya bekerja atau berniaga, saya tidak lupa untuk mengamalkan bacaan ayat-ayat al-Quran tersebut. Berkat ketekunan dan kesungguhan serta semangat saya ini, Allah SWT mengizinkan saya untuk menemui sinar kesembuhan. Siapa sangka, daripada kanser tahap empat yang kronik, pada usia 66 tahun ini, berserta bacaan kanser PSA yang terlalu tinggi berbanding paras normal. Sekarang, saya sihat dan bertenaga. Bahkan, saya dapat melalui hari-hari seperti individu normal yang lain. Terima kasih ya Allah…

Bagi mereka yang ingin mencuba kaedah rawatan alternatif bagi mengubati penyakit kanser ini boleh dapatkan buku ini. Perubatan Al Quran Rawatan Kanser. Buku ini telah ditulis oleh Haji Lokman Abdul Hamid, pengasas Pusat Rawatan Al Hidayah.

Boleh baca BAB 1 secara PERCUMA dan Jurnal Pesakit ini. Klik pada pautan di bawah:

[DOWNLOAD BAB1 & JURNAL PESAKIT PERCUMA]

SIAPA YANG PERLU MEMILIKI BUKU INI

a. Mereka yang menghargai diri sendiri, keluarga dan orang tersayang.

b. Mereka yang mencari kaedah alternatif merawat penyakit kanser dengan menggunakan ayat-ayat Al-Quran.

c. Mereka yang ingin menghadiahkan buku ini kepada kenalan yang menghidapai penyakit kanser.

d. Mereka yang ingin memahami apa itu kanser dan cara rawatan secara moden dan menggunakan Al-Quran

Bagi yang ingin memiliki buku ini. Klik di bawah.

[SAYA INGIN BELI BUKU PERUBATAN AL-QURAN RAWATAN KANSER]

freelancer design
caylene@dinno.com.my
No Comments

Post A Comment