Buku Nabi Muhammad SAW Rasul Terakhir

Buku Nabi Muhammad SAW Rasul Terakhir

Nabi Muhammad SAW Rasul Terakhir ialah sebuah naskah yang akan membawa pembaca ke zaman yang bermula sebelum kelahiran Baginda Rasulullah SAW. Sebelum kelahiran Rasulullah SAW, masyarakat dunia menganuti pelbagai agama sebagai pegangan hidup mereka. Agama-agama seperti Nasrani, Yahudi, Majusi, Wathani, al-Sabiah dan lain-lain telah menjadi pegangan kehidupan masyarakat dunia. Namun agama tauhid yang dibawa oleh Nabi Ibrahim a.s iaitu agama Hanifiah masih diamalkan sebahagian bangsa Arab. Sejarah mencatatkan jarak kewafatan Nabi Ibrahim a.s dengan kelahiran Rasul terakhir ialah 20 kurun.

Seterusnya, pembaca akan dibawa pada saat kelahiran Baginda Rasulullah SAW, zaman kanak-kanak, remaja, dewasa hingga Baginda diangkat menjadi Rasul utusan terakhir.

Seorang yang dupandang tinggi dalam kalangan kaumnya. Baginda terkenal dengan akhlak-akhlak terpuji, pekerti-pekerti mulia dan sifat-sifat yang disenangi. Baginda sentiasa memuliakan jiran, mengasihi anak yatim dan fakir miskin, tinggi kesabaran, benar percakapan, lemah lembut pergaulan, pemurah, menjaga maruah diri, menepati janji, amanah dan sangat bertanggungjawab hingga mereka menggelar Baginda sebagai ‘Al-Amin’.

Detik-detik awal 13 tahun menyampaikan risalah Islam di kota Mekah, mengenali sahabat-sahabat yang membenarkan setiap kata-kata Baginda walau dicerca dan diseksa. Penerimaan masyarakat Mekah terhadap Baginda ketika itu berubah daripada yangdipercayai kepada pendusta.

Menyampaikan amanah sebagai Rasul terakhir diteruskan dengan berhijrah ke kota Madinah, 10 tahun Baginda menegakkan kalimah Allah di bumi itu. Setiap detikdiceritakan dengan lebih terperinci agar menjadi tatapan umat yang ingin mengenali dan mencintai Baginda.

Buku Nabi Muhammad SAW Rasul Terakhir

SIAPAKAH YANG PERLU MEMBACA BUKU INI?

Khas buat mereka yang ingin mengenali dan mencintai Baginda Rasulullah SAW. Bersediakah untuk membaca setiap detik kehidupan Baginda, merasai keperitan yang Baginda lalui agar Islam sampai kepada kita umatnya. Semoga rasa cinta itu terbit dan mekar dalam diri kita sekali gus kita tergolong dalam kalangan yang menerima SYAFAAT Baginda SAW. Aaminn.

freelancer design
caylene@dinno.com.my
1 Comment
  • Abdul Kahar
    Posted at 09:35h, 10 February Reply

    Sebuah buku yang bagus. Berwarna penuh, banyak gambar dan infografik yang cantik serta mudah difahami.

    Tahniah pada penerbit. Moga ramai orang akan mula menjadikan Rasulullah SAW sebagai idola mereka.

Post A Comment