HARI KANSER SEDUNIA 4 FEBRUARI 2022

HARI KANSER SEDUNIA 4 FEBRUARI 2022

4hb Februari adalah Hari Kanser Sedunia yang disambut setiap tahun. Tarikh ini telah diwartakan bagi meningkatkan kesedaran tentang Kanser serta mendorong pencegahan, pengesanan dan rawatan. Matlamat utama sambutan Hari Kanser Sedunia adalah untuk mengurangkan penyakit dan kematian yang disebabkan oleh kanser. Ia juga adalah platform yang terbaik bagi memberi kesedaran kepada orang ramai tentang bahaya kanser dan langkah yang boleh dicegah dengan membuat pengesanan atau saringan awal. Hari Kanser Sedunia diketuai oleh Union for International Cancer Control (UICC) untuk menyokong matlamat Deklarasi Kanser Sedunia yang telah dicapai pada tahun 2008.

Kanser boleh menyerang sesiapa sahaja dan dengan pelbagai cara . Kanser boleh menyerang golongan emas, orang dewasa dan remaja. Yang kaya tidak terkecuali, yang miskin turut berpotensi. Sesiapa sahaaj, asalkan bernama manusia, kanser setia menghantui, mengintai ruang untuk menyerang. Kanser bukan seperti demam yang mapu kebah sehari dua dan kanser bukan seperti luka yang mampu hilang sekelip mata. Kanser merampas kehidupan dan harga diri orang yang menghidapinya. Kanser menghancurkan tubuh manusia dan memporak-perandakan keluarga. Namun begitu, kehadiran kanser membuat seseorang itu mula menghargai kehidupannya.

Kehadiran kanser akan membuatkan seseorang itu menghargai nikmat kesihatan daripada Tuhannya. Tiada yang lebih penting untuk difikirkan oleh seseorang pesakit Kanser melainkan daripada kesembuhan. Biarlah harga minyak dunia turun mendadak, biarlah gaji bulanan naik memuncak, itu belum cukup untuk mengukir lega, selagi tidak bebas daripada belenggu kanser yang mengancam nyawa. Bagi penghidap kanser, tiap saat itu adalah anugerah dan tiap nafas itu adalah kehidupan.

Bagi yang sedang menghidapi penyakit kanser, nasihat yang boleh diberi adalah sentiasa bersabar dan ingat pada Allah SWT. Sentiasa berdoa kepada-Nya moga diberi kesembuhan dari penyakit ini. Sentiasa jaga emosi dan pemakanan. Patuh pada nasihat doktor dan ikuti jadual perawatan yang telah ditetapkan.

Bagi kita yang masih sihat dan tidak menghadapi penyakit kanser haruslah terus mengamalkan kehidupan sihat dan menjaga diri dari terdedah kepada penyakit ini. Sayangi diri kita dan keluarga kita.

Bagi mereka yang ingin mencuba kaedah rawatan alternatif bagi mengubati penyakit kanser ini boleh dapatkan buku ini. Perubatan Al Quran Rawatan Kanser. Buku ini telah ditulis oleh Haji Lokman Abdul Hamid, pengasas Pusat Rawatan Al Hidayah.

Boleh baca BAB 1 secara PERCUMA. Klik pada pautan di bawah:

SIAPA YANG PERLU MEMILIKI BUKU INI

  1. Mereka yang menghargai diri sendiri, keluarga dan orang tersayang.
  2. Mereka yang mencari kaedah alternatif merawat penyakit kanser dengan menggunakan ayat-ayat Al-Quran.
  3. Mereka yang ingin menghadiahkan buku ini kepada kenalan yang menghidapai penyakit kanser.
  4. Mereka yang ingin memahami apa itu kanser dan cara rawatan secara moden dan menggunakan Al-Quran

Bagi yang ingin memiliki buku ini. Klik di bawah.

[SAYA INGIN BELI BUKU PERUBATAN AL-QURAN RAWATAN KANSER]

freelancer design
caylene@dinno.com.my
No Comments

Post A Comment