
08 Feb NABI MUHAMMAD SAW RAHMAT UNTUK SEKALIAN ALAM – USTAZ FAZRUL & USTAZ TARMIZI

Kelahiran Rasulullah SAW ke dunia ialah petanda rahmat Allah untuk sekalian alam. Membawa kasih sayang Allah SWT ke seluruh buana yang ketika itu suram dan gelap dengan pelbagai rupa kezaliman dan kesesatan.
Benarlah firman Allah SWT yang bermaksud: “Tidak Kami utuskan kamu (Muhammad) melainkan sebagai rahmat untuk sekalian alam.” (Surah al-Anbiya’ 21: ayat 107)
Pelbagai tanda dan peristiwa yang berlaku pada saat kelahiran Baginda menjadi isyarat perubahan besar yang akan berlaku di dunia. Begitu besar rahmat dan kasih Allah pada Muhammad bin Abdulllah sehingga sesiapa yang mengasihi Baginda akan dikasihi Allah SWT.
Lihatlah anugerah kelepasan azab yang diterima oleh Abu Lahab atas kegembiraannya menyambut kelahiran Baginda, meskipun menjadi penentang kuat sepanjang tempoh kerasulan anak saudaranya itu. Rasulullah SAW ialah insan pilihan Allah SWT yang lahir daripada kumpulan nasab yang terpelihara. Semua ini diatur oleh Allah SWT untuk memudahkan naluri semua manusia yang luhur menerima Baginda sebagai utusan Allah yang membawa rahmat untuk sekalian alam buana.
Berminat untuk mendapatkan buku ini. Klik pada link di bawah:
http://mustread.shoppy.my/Collections.aspx?sq1=TuG%2Bvsyb%2FBVaNMKsazGTb%2Bn8Xuzhba3k9eWvwuF8GNM%3D
http://mustread.shoppy.my/Collections.aspx?sq1=TuG%2Bvsyb%2FBVaNMKsazGTb%2Bn8Xuzhba3k9eWvwuF8GNM%3D
No Comments